Modul Tambahan

Harijadi Kakitangan



 
 
Thu 21st Feb, 2019
Zauriah Binti Embong
Zamri Bin Che Dahalan
Aida Asyiqin Binti Mukhzam
 
 
Fri 22nd Feb, 2019
Noor Hafizal Binti Abdul Azis
Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar Bin Zainol
Rosa Faizura Binti Hashim
Prof. Madya Dr. Mazuri Binti Abd. Ghani
Hasrul Yamin Bin Ab. Hamid
Nor Suriati Binti Othman
Jasman Bin Mohd @ Harun
Nazilah Binti Mohamad
 
 
Sat 23rd Feb, 2019
Mohd Nur 'adnan Bin Muhammad
Mohd Rahim Bin Ariffin
 
 
Sun 24th Feb, 2019
Roslan Bin A. Rashid
Nor Aini Binti Sulong
Dr. Wan Mohd Razin Bin Wan Hassan
Hasnah Binti Zani
 
 
Mon 25th Feb, 2019
Shukri Bin Din
Dr. Wan Arfah Nadiah Bt. Wan Abdul Jamil

   Info Tarikh Lahir

Bahasa

Pilihan Bahasa:

English Malay

Pautan


Webmail UniSZA
KeLiP

Jumlah Pelawat

Kami menerima
45259284
kunjungan semenjak May 2005
UNISZA KE MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE 2019)
PROF. MADYA DR. ZARINA BINTI MOHAMAD menulis "

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan akan menyertai pertandingan produk inovasi di MTE 2019 yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Februari 2019 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWCT), Kuala Lumpur. Justeru itu, sama-samalah kita memberi sokongan dan mendoakan kejayaan kepada penyelidik UniSZA. Bersama-sama ini disertakan  senarai penyelidik bersama produk yang dipertandingan untuk makluman tuan/puan. 

"

(selengkapnya... | 5354 byte lagi | Nilai: 0)

KEJOHANAN SUKAN IPT PANTAI TIMUR KE-2 (SIPTAR) 2019
AMIZUL BIN ABDULLAH menulis "


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,


KEJOHANAN SUKAN IPT PANTAI TIMUR KE-2 (SIPTAR) 2019

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) akan menganjurkan Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur Ke-2 (SIPTAR) 2019 yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Februari 2019 bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak. Jesteru itu, sama-samalah kita menyaksikan dan memberi sokongan kepada atlet UniSZA berentap bersama 24 IPT di Pantai Timur merebut kejuaraan dalam 7 acara yang akan dipertandingkan untuk kejohanan SIPTAR kali ini. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Pertandingan Acara untuk maklumat tuan / puan.


Sekian, terima kasih. "

(selengkapnya... | Nilai: 0)

MAJLIS RAMAH MESRA WARGA KAMPUS BESUT BERSAMA NAIB CANSELOR UNISZA
JAMILIA BINTI ABDUL GHANI @ ASHAARI menulis "Assalamualaikum wrm. wbt dan Salam Sejahtera 

Tuan/Puan 
(Semua staf Akademik & Bukan Akademik Kampus Besut)

Sukacita dimaklumkan pihak Pengurusan UniSZA Kampus Besut akan mengadakan Majlis Taklimat dan Ramah Mesra Warga Kampus Besut Bersama Naib Canselor UniSZA seperti ketetapan berikut :

TARIKH / HARI : 21 Februari 2019
MASA                 : 9.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT             : Auditorium Fakulti Informatik & Komputeran

Oleh yang demikian, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang bakal berlangsung nanti.

Sekian, semoga berada dalam makluman semua staf UniSZA Kampus Besut.

Terima kasih.
"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

PERTUKARAN NAMA PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN PELAJAR
ZUNAIDIN BIN MUDA menulis "Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKPU Bil. 6/2019 bertarikh 13 Februari 2019 telah meluluskan untuk menukar nama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) kepada Pusat Keusahawanan Universiti (PKU).
"

(selengkapnya... | 522 byte lagi | Nilai: 0)

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN STAF AKADEMIK (PSA UNISZA) KALI KE-3 BAG
NUR ASIDANI BINTI ABDU KADER menulis "
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian  YBhg Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik berhubung perkara tersebut di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PSA UniSZA kali ke-3 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
            Tarikh             :           17 Mac 2019 (AHAD)
            Masa               :           8.30 pagi 
            Tempat           :           Dewan Kuliah Utama

3.    Bersama-sama ini disertakan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan tersebut seperti berikut:

            Agenda 1 :  Ucapan Presiden
            Agenda 2 :  Perasmian oleh Naib Canselor UniSZA
            Agenda 3 :  Ucaptama Presiden Malaysian Academic 
                              Association Congress (MAAC)
           Agenda 4 :   Membentangkan dan Mengesahkan Laporan 
                              Minit Mesyuarat Kali ke-2 Tahun 2018 oleh 
                              Setiausaha Agung
           Agenda 5 :   Membentang dan Mengesahkan Laporan 
                              Aktiviti Tahunan 2018 oleh Setiausaha Agung
           Agenda 6 :   Membentangkan dan Mengesahkan Laporan 
                              Kewangan Tahun 2018 oleh Bendahari
           Agenda 7 :   Membentang dan Membahaskan Usul
           Agenda 8 :   Hal-hal Lain
            Agenda 9 :  Ucapan Penangguhan Oleh Presiden PSA

4.    Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput YBhg.Prof./Dr/Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut dan sebarang cadangan atau usul perlu dikemukakan kepada Setiausaha Agung PSA UniSZA selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Mac 2019(Ahad).  Kehadiran YBhg.Prof./Dr/Tuan/Puan/Cik ke mesyuarat ini akan direkodkan sebagai jam kursus Majlis Rasmi Universiti. Muat turun borang boleh dimuat turun di           
https://drive.unisza.edu.my/s/0xWUaAyMZ6pnZED

5.     Kerjasama dan perhatian semua ahli dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PSA UniSZA kali ke-3 bagi tahun 2019 kali ini amatlah dihargai. Setiap ahli yang hadir akan menerima cenderamata istimewa dari PSA UniSZA dan berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah. 

6. Sehubungan dengan itu, bagi yang belum menjadi ahli bolehlah mengisi borang keahlian dan mengembalikannya kepada mana-mana ahli Majlis Eksekutif PSA atau wakil-wakil fakulti PSA. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Fauzilah Saleh, Setiausaha Agung Persatuan Staf Akademik (PSA UniSZA) di talian 019-9543836 atau emel fauzilah@unisza.edu.my

Sekian, harap maklum.


"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

NOTIS PERINGATAN ANCAMAN PHISHING / TELEFON SCAM
WAN MOHD HASBULLAH BIN WAN ABDUL RAHMAN menulis "
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) ingin memberikan peringatan kepada warga UniSZA supaya berhati-hati dengan cubaan memancing maklumat (phishing) oleh individu tertentu yang menggunakan nama seperti Webmaster UniSZA, Webmail UniSZA, Sokongan Teknikal UniSZA dan seumpamanya untuk memperdaya orang ramai dengan tujuan mendapatkan maklumat peribadi mangsa.

Antara modus operandi yang digunakan untuk memperdaya mangsa adalah seperti yang berikut :

  • Mangsa yang disasarkan menerima e-mel yang kononnya dihantar oleh Webmaster / Webmail UniSZA / Sokongan Teknikal UniSZA untuk memaklumkan bahawa had kapasiti akaun e-mel hampir penuh dan e-mel mangsa bakal dikenakan sekatan.
  • Mangsa akan diarahkan untuk mengklik pada pautan yang terdapat pada e-mel atau membalas terus e-mel tersebut untuk tindakan lanjut.
  • Apabila mangsa mengklik pautan pada e-mel tersebut, satu laman sesawang palsu akan muncul yang meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat peribadi seperti username dan password e-mel mangsa.

Warga UniSZA dinasihati supaya tidak mengendahkan e-mel seperti ini dan TIDAK mendedahkan maklumat peribadi kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun. Sila ambil maklum bahawa pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) tidak pernah meminta maklumat peribadi apabila menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon atau e-mel. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan mengambil langkah inisiatif hebahan peringatan berkaitan keselamatan siber secara berkala melalui e-mel rasmi cybersecurity@unisza.edu.my kepada warga UniSZA.

Pusat Teknologi Maklumat (PTM) juga ingin menasihati warga UniSZA supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang berikut :

  • Guna pelayar sesawang (web browser) terkini yang telah disiap pasang dengan penapis maklumat yang dipancing (phishing filters)
  • JANGAN mempercayai e-mel atau panggilan telefon yang diragui serta meminta maklumat peribadi mangsa.
  • Hubungi Helpdesk PTM di talian 8998 jika berasa ragu-ragu dengan sebarang e-mel, atau panggilan telefon.
  • Jika tuan / puan telah memberi maklumbalas terhadap sebarang e-mel yang diragui sila hubungi pihak Helpdesk PTM  atau e-mel kepada cybersecurity@unisza.edu.my untuk bantuan penukaran katalaluan yang baru.

Sekian, terima kasih.
"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

PEMBETULAN ADDRESS BAGI PAUTAN SEMENTARA SISTEM E-FAMS
NUR AMALINA BINTI MAT NAZERI menulis "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua PTj, Pejabat Bendahari dalam proses mengemaskini sistem e-FAMS.  Oleh yang demikian, semua PTj dikehendaki menggunakan alamat sementara e-FAMS sebagaimana berikut:

172.17.2.125/HardcatWeb

Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Aset, Encik Ammar bin Abdul Rahman ditalian 09-6687958 atau Puan Nur Amalina binti Mat Nazeri ditalian 09-6687712.

Sekian, terima kasih.

"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

JEMPUTAN TAKLIMAT PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) 2019
NORZIYANA BINTI AHMAT AZEMI menulis "
Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera, 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (RMIC) akan mengadakan Taklimat Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 2019 sepertimana butiran di bawah:

            Tarikh    : 21 Februari 2019 (Khamis)
            Masa      : 9.00 pagi
            Tempat    : Dewan Seminar Pusat Kualiti Akedemik & E-Pembelajaran (AQeL) UniSZA


Sehubungan itu,  pihak kami amat berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan untuk menghadiri taklimat tersebut. YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan yang berminat bolehlah memberi nama kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan)/ Timbalan Pegarah di Fakulti/Institut masing-masing sebelum atau pada 19 Februari 2018 (Selasa). 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi staf RMIC, Cik Norziyana binti Ahmat Azemi di talian 09-6687982.

Sekian, terima kasih.
"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PENILAIAN LNPT 2018 BAGI STAF BUKAN AKADEMIK
JULIA BINTI AWANG menulis "

 

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera

 

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penilaian LNPT 2018 Staf Bukan Akademik bagi Pegawai Penilai Kedua (PPK) ialah 18/2/2019 (Isnin).  Kepada PPK yang belum membuat penilaian, mohon membuat demikian sebelum atau pada tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

Sekian, terima kasih.


 

"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

PENGUMUMAN
PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI 2018/2019


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengesahan Kursus pelajar secara atas talian dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kohort Baharu Semester II Sesi 2018/2019 bermula 17 sehingga 23 Februari 2019.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan (KPP DAN PENASIHAT AKADEMIK) dapat mengakses modul tersebut melalui :

Login Portal Staf > MENU UTAMA > MENU AKADEMIK > PRA PENDAFTARAN KURSUS > PENGESAHAN > Sahkan Pengesahan Kursus pelajar > Selesai.

Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum.



DARIPADA
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UniSZA

(selengkapnya... | Nilai: 0)